fbpx

Tiba giliran bank pula bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Moratorium secara pukal bagi fasa kedua perlu dilaksanakan segera bagi membantu rakyat yang berhadapan dengan situasi sukar akibat pandemik Covid-19.

Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) berkata, ketika krisis kewangan 1997 dan 1998, kerajaan telah menyelamatkan bank dengan menggunakan wang cukai rakyat antaranya dengan mengurangkan nisbah rizab berkanun daripada 13.5 peratus kepada 10 peratus yang membenarkan peningkatan mudah tunai bank berjumlah RM14 bilion.

“Ketika ini rakyat sedang susah, maka tiba masanya untuk bank pula membantu menyelamatkan rakyat.

“Selaras dengan slogan Perdana Menteri bahawa ‘tiada siapa yang tertinggal’, saya memohon Kerajaan meluluskan moratorium secara pukal fasa kedua,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Mohamad, golongan B40 perlu ada akses yang lebih kepada pinjaman mikro seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional dan banyak lagi agensi di Sabah.

“Semua ini mesti beri moratorium kepada semua para peminjam. Moratorium bank termasuk agensi-agensi kerajaan pemberi pinjaman dan swasta juga harus memberi moratorium.

“Untuk memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan secara holistik dan berkesan, saya meminta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas atau pasukan bersepadu yang merentasi kementerian dan semua kerajaan negeri supaya semua agensi terlibat dapat dibawa bersama dalam memastikan objektif ini tercapai,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI