FILEM Jawan yang kini mencecah kutipan Box Office meninggalkan memori indah buat seorang pelakon filem berkenaan, Aaliyah Qureishi.
Aaliyah yang juga penyanyi dan komposer itu berkata, filem gandingan Shah Rukh Khan (SRK) dan Nayanthara sebagai hero heroin tersebut menjadi peluang keemasan untuknya beraksi dengan nama besar dalam industri hiburan Bollywood.
Aaliyah sanggup menyahut cabaran membawakan watak aksi biarpun berdepan risiko kecederaan.
Pernah sampai satu tahap aktres berusia 26 tahun itu tetap masuk set bagi menjayakan babak bersama Raja Bollywood itu walaupun berdepan kecederaan.
Menurutnya, demi SRK dan Jawan, dia sanggup menelan pil penahan sakit supaya dapat menyempurnakan tanggungjawab tanpa gagal.
Namun ada beberapa babak lain terpaksa dilepaskan termasuk dalam lagu, Zinda Banda memandangkan kecederaan di kepalanya semakin melarat.
Akuinya, kemalangan kecil berlaku ketika latihan tarian apabila seorang penari terlepas alatan yang dipegang hingga terkena kepalanya.
“Berbaloi. Shah Rukh Khan sangat baik dan mesra,” katanya yang masuk semula ke set selepas dua hari bercuti.