HANGZHOU – Malang tidak berbau.
Seorang pegawai teknikal olahraga di Sukan Asia Hangzou, China didakwa patah kaki kanan akibat terkena tukul besi dibaling atlet Kuwait, Ali Zankawi di Sukan Asia ke-19, petang Sabtu lalu.
Pegawai dikenali Huang Qinghua itu duduk di atas kerusi di luar bulatan kawasan balingan apabila Zankawi membatalkan percubaannya, tetapi tukulnya terkena jaring pelindung.
Malangnya, besi bulat seberat lebih 7 kilogram (kg) itu kemudian terkena kaki kanan pegawai teknikal berkenaan.
Beberapa gambar menunjukkan Huang menahan kesakitan dengan darah memenuhi tulang keringnya manakala Zankawi bergegas untuk membantunya.
Lapor media China, pegawai berusia 62 tahun itu dilaporkan patah tulang dan dalam keadaan stabil.
Zankawi yang juga pemenang pingat perak di Sukan Asia Doha pada 2006, menyatakan dia melawat Huang di hospital, semalam dan memohon maaf atas kejadian itu.
Mengimbas kejadian itu, atlet berusia 39 tahun itu berkata: “Saya mengangkat kepala dan melihat tukul besi itu melantun dari tanah ke arah kaki pegawai berkenaan.
Terdahulu pegawai itu duduk di atas kerusi di luar bulatan kawasan balingan apabila Zankawi membatalkan percubaannya, tetapi tukulnya terkena jaring pelindung.
Malangnya, besi bulat seberat lebih 7 kilogram (kg) itu kemudian terkena kaki kanan pegawai teknikal berkenaan.
“Saya lihat darah memenuhi kaki dan seluarnya dan saya tahu kakinya sudah patah, jadi saya mengikat untuk menghentikan pendarahan sementara menunggu ambulans tiba dan membawanya ke hospital.”
Zankawi yang menamatkan saingan di tempat kelapan jelas terkejut dengan kejadian itu, tetapi bersyukur kerana ia sebenarnya boleh memberi kesan lebih teruk.