fbpx

Jerebu: Seberang Jaya catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jerebu di Jambatan Pulau Pinang dan Seberang Perai dari pemandangan di Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

GEORGE TOWN – Kualiti udara di Seberang Jaya, dekat sini telah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan kadar bacaan 106, setakat pukul 11 pagi tadi.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS), tiga stesen cerapan IPU di negeri ini iaitu di Seberang Perai, Minden dan Balik Pulau masih menunjukkan bacaan sederhana antara 83 hingga 87.

IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).

Sementara itu, merujuk laman web rasmi Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), jarak ketampakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam tempoh 24 jam menunjukkan penurunan dari 5 kilometer (km) kepada 4 km antara pukul 8 hingga 11 pagi tadi.

Terdahulu, media melaporkan kebakaran tanah dan hutan kembali dengan ketara di Sumatera Selatan serta sembilan wilayah lain di Indonesia, tahun ini.

Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, terdapat 3,788 titik panas dari awal tahun hingga 5 September, peningkatan empat kali ganda berbanding tahun lalu dalam tempoh sama. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI