fbpx

Tiada aktiviti luar sekolah jika IPU lebih 100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan pusat bandar raya yang diliputi jerebu dengan IPU tidak sihat iaitu 163 yang dirakam kira-kira jam 10.04 pagi dari Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUANTAN – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan penutupan sekolah berikutan masalah jerebu hanya dibuat sekiranya dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini masih kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sehingga menerima arahan seterusnya.

“Kita memang ada garis panduan dan kekal dengan garis panduan tersebut. Kita juga meminta semua sekolah supaya mematuhinya.

“Maknanya, kalau Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih daripada 100, tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan dan ikut garis panduan tersebut,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kuantan (UnIPSAS), di sini hari ini.

Selain itu, Fadhlina menegaskan garis panduan tersebut terpakai kepada semua dan mesti dipatuhi bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran Malaysia mungkin berdepan masalah jerebu rentas sempadan dalam masa terdekat.

Situasi itu dijangka berlaku susulan ramalan cuaca lebih kering ekoran fenomena El Nino yang berterusan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI