fbpx

Belia Melayu paling ramai terjebak dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alzafny (kanan) menerima watikah Serah Terima Tugas JPJKK daripada Razimi (kiri) sambil diperhatikan Ayob Khan di IPK Johor hari ini. - Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Belia berbangsa Melayu merupakan yang paling ramai ditahan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri bagi kesalahan berkaitan dadah sejak awal tahun hingga 17 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 4,176 belia Melayu berusia 19 hingga 30 tahun ditahan daripada jumlah keseluruhan seramai 6,141 individu.

Katanya, mengikut pecahan tersebut, turut ditahan ialah belia bangsa Cina seramai 930 individu diikuti 515 belia India dan selebihnya adalah lain-lain bangsa seramai 520 orang.

Tambahnya, bagi pecahan kesalahan, mereka yang ditahan adalah pembekal dadah (848), memiliki (1,911) dan urin (3,382).

“Bermula 1 Januari hingga 17 November lalu, JSJN Johor telah mẹmbuat tangkapan seramai 17,349 individu atas pelbagai kesalahan dadah. Daripada jumlah itu 6,141 orang iaitu 35.39 peratus adalah belia berusia 19 hingga 30 tahun.

“Dalam tempoh yang sama, polis juga berjaya membuat rampasan pelbagai jenis dadah seberat 2.61 tan dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM28.77 juta. Turut dirampas adalah harta bernilai RM13.42 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad, 59, kepada Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, 44. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI