fbpx

Dua lelaki ditahan kes warga emas maut dijerut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian warga emas disyaki dibunuh dalam kejadian samun di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di Baling, semalam.

BALING – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang warga emas yang ditemui dengan kesan jerut di lehernya serta tangan dan kaki diikat di sebuah rumah teres di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi tadi di sekitar Kuala Ketil.

Perintah reman terhadap dua suspek terbabit akan dimohon di Mahkamah Majistret Sik, dekat sini hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Dalam kejadian semalam, mangsa dikenali sebagai S. Kannan, 71, berasal dari Ladang Malakof ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, manakala lehernya dijerut di dalam sebuah rumah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI