fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah hampir di seluruh negara, pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca baik tersebut bakal berlarutan sehingga pukul 12.30 tengah hari, hari ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku negeri Yan dan Kuala Muda, Kedah dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

“Sementara itu, di negeri lain, cuaca diramal cerah sehingga tengah hari,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI