fbpx

Remaja lemas, rakan hanyut dibawa arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dijumpai selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Meluan, Kubu Brooke Nanga Meluan di sini, petang tadi.

JULAU – Seorang remaja lelaki ditemui mati lemas manakala rakannya hilang selepas mereka dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Meluan, Kubu Brooke Nanga Meluan, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa berusia 15 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 5.47 petang tadi pada jarak lebih kurang 20 meter dari lokasi mereka tenggelam.

“Mangsa dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan bot penduduk kampung, menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, katanya seorang lagi mangsa berusia 16 tahun masih belum dijumpai, dengan operasi SAR ditangguhkan dan akan disambung semula esok.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.50 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian, yang terletak pada jarak 67 kilometer dari balai.

Katanya menurut saksi iaitu bapa kepada salah seorang mangsa, kedua-dua remaja lelaki itu sedang mandi namun anaknya cuba untuk menyeberang sungai tetapi gagal.

Katanya rakan anaknya itu kemudian cuba menyelamatkannya tetapi turut hanyut dibawa arus sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI