fbpx

Lelong baju serendah RM2 untuk sara lima beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini melelong pakaian bagi menampung perbelanjaan keluarganya di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Seorang wanita di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini terpaksa melelong baju jualannya serendah RM2 hingga RM20 sehelai bagi menampung kehidupan keluarga.

Noraini Ramelin, 40, berkata, dia mengambil keputusan itu apabila perniagaan yang dijalankan di rumah sudah tidak mendapat sambutan sejak setahun lalu.

Katanya, usaha melelong baju jualannya yang dianggarkan bernilai hampir RM10,000 sudah bermula sejak November tahun lalu, namun masih tidak mendapat sambutan.

“Cara ini merupakan usaha terakhir saya untuk mendapatkan semula pulangan modal.

“Selain untuk meneruskan kehidupan, saya juga ingin membantu suami menyara tiga anak berusia antara 8 hingga 11 tahun,“ katanya.

Noraini memberitahu, pada peringkat permulaan perniagaannya, dia menerima sambutan menggalakkan selain membawa stok pakaian tersebut untuk dijual di pasar malam.

Bagaimanapun, katanya, jualan semakin berkurangan pada tahun lalu dan gerai yang dibuka juga sudah tidak menerima pe­langgan sehingga modal minyak kereta ke tempat jualan juga terpaksa menggunakan kos sendiri.

“Saya mula berniaga dari rumah sebelum membuka gerai pada hujung minggu atau musim perayaan.

“Saya sudah tidak mengharap­kan untuk mendapat keuntu­ngan. Saya hanya mahu mendapat semula modal dan bersyukur jika tidak terus rugi,” katanya.

Ujarnya, suami, Mohammad Nawi Mohamed Jam, 42, juga kini sudah empat bulan tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan.

“Stok pakaian masih banyak dan saya buntu memikirkannya. Saya ada iklankan pakaian di Facebook atau tular di WhatsApp, namun sambutan perlahan dan masih banyak stok baju kanak-kanak serta wanita,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 010-517 4642 atau menerusi akaun Maybank miliknya iaitu 163019439827.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI