WASHINGTON – Seorang bapa terkejut apabila menangkap seekor ikan yang mempunyai barisan gigi menyerupai gigi manusia, lapor akhbar Daily Star semalam.
Ikan dinamakan sheephead itu memiliki berat 7.52 kilogram dan merupakan spesies berkenaan yang paling besar pernah ditangkap di perairan Tangier, negeri Maryland.
Ia dipancing oleh Brian Summerlin, 38, baru-baru ini. Brian berkata, dia tidak pernah melihat hidupan laut sepertinya sebelum ini.
Seorang rakan membantu Brian menaikkan ikan tersebut ke dalam botnya. Dia melakukan tangkapan itu semasa menyertai kembara memancing.
Ikan sheephead paling berat yang ditangkap di perairan negeri Maryland sebelum memiliki berat 6.39 kilogram. Ikan itu dinaikkan pada Ogos 2020. – AGENSI