fbpx

Sukan Asia: Misi ‘wajib’ tewaskan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara perlu mencatat kemenangan pada aksi menentang China sebagai jalan selamat untuk muncul juara Kumpulan B dan layak ke separuh akhir. - FB MHC

SKUAD Speedy Tigers enggan terus ‘berduka’ sebaliknya fokus pada aksi terakhir Kumpulan B dengan misi wajib menang bertemu China dalam usaha muncul juara kumpulan pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 malam ini.

Sebagai rekod, momentum skuad hoki kebangsaan sedikit terjejas susulan kekalahan mengejut 3-4 kepada Korea Selatan di Stadium Gongshu Canal kelmarin.

Situasi tersebut menyaksikan pasukan kini menduduki tangga kedua Kumpulan B dengan mengutip sembilan mata, manakala China kekal mendahului carta dengan 12 mata.

Pengendali skuad negara, Arul Selvaraj memberi jaminan bahawa pasukan tidak akan ‘berputih mata’ sebaliknya berusaha untuk mencuri mata penuh sekali gus lolos ke peringkat separuh akhir.

“Ini adalah peluang pasukan untuk bangkit semua. Kita memiliki kualiti untuk menang dan masuk ke separuh akhir.

“Selain itu, kita juga ada misi (mahu elak India di separuh akhir), tetapi tidak boleh fikir terlalu jauh kerana perlu layak dan menjuarai Kumpulan B terlebih dahulu.

“Kita akan tengok saingan bagaimana kerana Korea Selatan kalah satu, kita pun kalah satu tetapi mereka akan turun dahulu, kita turun perlawanan terakhir berdepan China. Jadi, kita akan lihat daripada pelbagai aspek,” katanya.

Kali terakhir Malaysia bertemu China adalah pada saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 yang menyaksikan skuad negara tidak berdepan masalah membenam lawan 5-1.

Sementara itu, pemain senior negara, Razie Rahim menyeru barisan pemain untuk tidak melakukan kesilapan mudah dengan memberi tumpuan seratus peratus pada aksi menentang tuan rumah nanti.

“Kita perlu menang perlawanan seterusnya (berdepan China) kerana peluang untuk ke separuh akhir masih terbuka,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI