fbpx

Kertas siasatan lima anggota polis larikan orang dirujuk Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan lima anggota polis yang disyaki melarikan dan mencederakan orang awam dari sebuah kedai makan, akan dirujuk ke Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, proses itu berlaku kerana membabitkan pegawai kanan dan anggota polis.

“Untuk kes ini, kita masih dalam proses siasatan dan perlu rakam keterangan beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan.

“Kerana (kes ini) melibatkan pegawai dan anggota polis, kertas diasatan akan dirujuk ke Bukit Aman sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya kepada pemberita, selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Cheras, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zam Halim memaklumkan pihaknya juga memerlukan sedikit masa untuk menyemak semula laporan yang dibuat mangsa.

“Kita juga perlu semak dahulu ketelusan laporan yang dibuat oleh mangsa sama ada ia benar berlaku atau sebaliknya,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan orang awam dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa Petaling, di sini Selasa lalu.

Penahanan itu dibuat susulan pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun kira-kira pukul 5.48 petang.

Mangsa mendakwa dirinya dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah kedai makan sebelum dipukul di suatu lokasi di Kuala Lumpur.

Bertindak ke atas laporan, Zam Halim berkata, semua mereka yang berusia 27 tahun hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 365, 342, 323 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI