fbpx

Pilih calon mampu tingkat kesejahteraan rakyat – Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAIRI (kanan) turut menyertai pertandingan khas memanah Kejohanan Memanah Antarabangsa Johor di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang diminta untuk memilih calon yang mampu membantu meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk setempat dan bukan sebaliknya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, calon Barisan Nasional (BN) adalah merupakan wakil kerajaan perpaduan dan merupakan calon terbaik yang boleh dipilih penduduk.

Menurut beliau, sebaliknya calon Perikatan Nasional (PN) adalah calon pembangkang yang tidak mempunyai banyak akses kepada agensi-agensi kerajaan dalam usaha membantu rakyat.

“Saya minta agar rakyat di Pelangai buat pilihan dengan betul, khususnya penduduk di kawasan Felda. Kerajaan negeri Pahang sedia ada sudah selari dengan kerajaan pusat iaitu kerajaan perpaduan.

“Jadi tiada sebab untuk mereka memilih calon pembangkang yang tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat. Wakil rakyat pembangkang juga tidak mempunyai banyak peruntukan dan jalinan kerjasama berbanding wakil rakyat kerajaan,” katanya.

Mohd. Hairi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor turut meminta agar pengundi DUN Pelangai tidak termakan hasutan pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI