fbpx

Banjir di Kedah semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir di Kupang, Baling membersihkan rumah masing-masing akibat dilanda banjir kilat, baru-baru ini. -Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini melibatkan seramai 397 mangsa daripada 131 keluarga sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, tiga PPS yang masih dibuka itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman, SK Seri Gunung dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah.

“SK Taman Aman menempatkan paling ramai mangsa iaitu seramai 274 orang daripada 93 keluarga diikuti SK Seri Gunung melibatkan seramai 86 orang daripada 27 keluarga dan SMK Alor Merah seramai 37 orang daripada 11 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, empat PPS di daerah Baling iaitu SMK Jerai, SK Iboi, SK Keda dan Surau Annur ditutup sepenuhnya pada pukul 6 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI