KANGAR – Seorang bekas tentera yang dipercayai menikam mati isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau dekat sini direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Siti Norhasliza Md. Ali.
Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar dengan berpakaian berwarna jingga kira-kira pukul 8.20 pagi.
Suspek juga dibawa masuk ke mahkamah dengan diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.
Dalam kejadian semalam, seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) maut ditikam suaminya dipercayai akibat cemburu menerusi kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau. – KOSMO! ONLINE