fbpx

Liga Super: KDA FC sahkan tiga mata penting di Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFEDAYO Olusegun (kiri) muncul wira KDA FC apabila jaringan tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 ke atas KL City. - MFL

 

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) makin menekan Selangor di tangga kedua Liga Super apabila raih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

KDA FC yang masih kurang satu perlawanan kini mengumpul 47 mata, hanya kurang lima mata berbanding Red Giants yang sudah bermain 23 kali.

Terdahulu, disebalik aksi perlahan, KDA FC yang perlu menang untuk beri tekanan kepada Selangor dilihat muncul sebagai pasukan lebih baik apabila berjaya mencipta banyak peluang terbaik namun ia sering digagalkan oleh sentuhan penyudah.

Bagaimanapun ketika babak pertama hampir berakhir tanpa jaringan, kesilapan Nazirul Naim Che Hashim menjatuhkan Fadzrul Danel Mohd Nizam pada masa kecederaan menghadiahkan penalti buat KDA FC dan kesempatan itu tenang disempurnakan oleh Ifedayo Olusegun.

Ketika kemasukan Paulo Josue menghadirkan perubahan kepada serangan KL City, pelawat terus dipalit kecewa dan kali ini percubaan jarak dekat Ifedayo pada minit ke-59 sekadar singgah di tiang gol.

Seterusnya, aksi agak seimbang dipamerkan kedua-dua namun tiada sebarang tambahan mampu dihasilkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI