fbpx

Mimi Lana bukan anak pengarah Din Glamour

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN tiada pertalian darah, Mimi Lana mendoakan kesembuhan buat pelakon juga pengarah drama, Din Glamour yang kini sedang terlantar di wad hospital.

PETALING JAYA – Meleraikan salah faham ramai, pelakon Mimi Lana tampil menyelar kenyatan seorang pengguna TikTok yang mendakwa dia merupakan anak kandung kepada pengarah filem, Din Glamour yang kini terlantar sakit di hospital.

Meskipun menafikan dakwaan tersebut, Mimi atau nama penuhnya Roziana Zainal Abidin, 28, tetap mendoakan agar pengarah tersebut pulih daripada sebarang penyakit yang dihidapinya ketika ini.

“Walaupun saya tiada pertalian darah dengan abang Din (Din Glamour) tetapi saya doakan Allah SWT permudahkan segala urusannya.

“Semoga abang Din diberikan kekuatan dan kesembuhan dan pulih seperti biasa. Mudah-mudahan, insya-Allah amin,” katanya menerusi satu perkongsian dalam aplikasi X hari ini.

Hari ini tular sebuah video memaparkan Din atau nama penuhnya Sallehuddin Ridzuan kini dirawat di hospital akibat sakit paru-paru berair dan sesak nafas.

Dalam video tersebut, wajah Mimi yang sedang menadah tangan berdoa turut dimuat naik oleh individu terbabit dengan kapsyen yang mengundang salah faham ramai.

Sebelum aktif sebagai pengarah, Din terlebih dahulu bergelar pelakon dan membintangi beberapa buah filem seperti Mr. Os, Awang Spanar dan Adik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI