fbpx

Giliran Syafiq-Tze Liang tuai gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ (kanan) dan Tze Liang meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dalam acara 3m papan anjal seirama. - LEONG MUN YEE

PETALING JAYA – Kem terjun negara terus cemerlang di pentas Sukan Asia Hangzhou apabila meraih pingat gangsa kedua pada saingan hari pertama acara itu, kali ini menerusi kejayaan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang.

Syafiq-Tze Liang berjaya mengumpul 380.22 mata selepas enam terjunan untuk meraih tempat ketiga acara tiga meter (m) papan anjal seirama lelaki pada aksi final di Pusat Akuatik Olimpik Hangzhou sebentar tadi.

Pingat emas dimenangi penerjun China, Yan Siyu-He Chao selepas meraih 422.55 mata, manakala perak menjadi milik Yi Jaegyeong-Woo Haram dari Korea Selatan menerusi catatan 393.00 mata.

Ini adalah pingat gangsa kedua kem terjun negara di bumi Hangzhou selepas Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri meraihnya menerusi acara 10m platform seirama wanita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI