fbpx

Shereen raih gangsa, tempa sejarah Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEREEN membanggakan Malaysia apabila meraih pingat gangsa acara 400m Sukan Asia Hangzhou pada aksi final yang berlangsung sebentar tadi.

PETALING JAYA – Shereen Samson Vallabouy mengotakan janjinya apabila berjaya memenangi pingat gangsa 400 meter (m) wanita Sukan Asia Hangzhou pada aksi final di Stadium Olimpik Hangzhou sebentar tadi.

Kejayaan Shereen, 25, menamatkan penantian 17 tahun kem olahraga negara untuk meraih pingat di pentas Sukan Asia sejak Roslinda Samsu meraih pingat perak lompat bergalah dan Noraseela Khalid memenangi gangsa 400m berpagar.

Shereen menamatkan perlumbaan akhir itu dengan catatan masa 52.58 saat (s), di belakang dua atlet Bahrain yang menenagi pingat emas dan perak, Oluwakemi Mujidat Adekoya (50.66s) serta Salwa Eid Naser (50.92s).

Ia pencapaian amat membanggakan walaupun catatan itu jauh dibandingkan dengan rekod 400m kebangsaan iaitu 51.80s yang dilakukan Shereen di Amerika Syarikat pada 15 April 2023.

Lebih menarik, Shereen turut menamatkan penantian 45 tahun arena olahraga negara untuk memenangi pingat dalam acara 400m wanita di pentas Sukan Asia sejak legenda Saik Oik Cum meraih emas sewaktu edisi 1978 di Bangkok, Thailand.

Bukan itu sahaja, Shereen turut mengikut jejak ibunya, Josephine Mary Singarayar yang pernah menaiki podium sebagai pemenang pingat Sukan Asia ketika memenangi tempat ketiga acara 800m di Seoul, Korea Selatan pada 1986. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI