fbpx

La Liga: Sergio Ramos ‘bantu’ kemenangan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMOS menjaringkan gol sendiri ketika Barcelona meraih kemenangan tipis ke atas Sevilla pada aksi La Liga awal pagi semalam. - AFP

BARCELONA – Pertahanan Sevilla, Sergio Ramos menjadi individu paling kecewa apabila ‘menghadiahkan’ gol kemenangan buat Barcelona yang mengesahkan kejayaan 1-0 pada perlawanan awal pagi semalam.

Paling mengecewakan bekas bintang Real Madrid itu adalah jaringan berkenaan terhasil daripada gerakan dicipta Lamine Yamal, pemain yang pernah dipimpin Ramos ketika penyerang berusia 16 tahun itu jadi kanak-kanak pengiring di Barcelona.

“Apabila pasukan lawan meletakkan ramai pemain dalam kotak penalti, ia pasti sukar untuk bertahan tanpa melakukan kesilapan. Ramos berada di situasi itu ketika usahanya mengeluarkan bola.

“Sebenarnya kami fikir Barcelona akan bermain dengan sistem berbeza dan keadaan yang dihadapi pada perlawanan ini beri kesukaran buat kami untuk keluar daripada tekanan,” kata pengendali Sevilla, Jose Luis Mendilibar.

Kemenangan tipis itu sudah cukup untuk mengekalkan rekod tanpa kalah Barcelona dalam saingan La Liga musim ini, kumpul 20 mata hasil enam kemenangan dan dua seri.

Bagaimanapun pengendali Barcelona, Xavi Hernandez seakan merasakan pasukannya bernasib baik kerana tetap menganggap Ramos yang juga bekas rakan sepasukannya di skuad kebangsaan Sepanyol sebagai pemain terbaik.

“Inilah liku kehidupan, begitu juga dengan Sergio dan kredit perlu diberikan kerana dia masih lagi bermain. Ia mengecewakan apabila jaringan sendiri itu beri kemenangan kepada kami namun dia tetap seorang profesional dan pemain hebat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN