fbpx

Penyelanggaraan infrastruktur sukan, padang sekolah akan ditingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

PETALING JAYA- Kementerian Pendidikan akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan para pelajar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan juga akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah merupakan kawasan yang sifar kemalangan.

“Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah, KPM akan memastikan pihak JPN, PPD dan sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan para pelajar.

“SOP penyelengaraan terhadap kemudahan sukan akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan dan pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan para pelajar untuk sentiasa waspada ketika melakukan aktiviti di luar kelas,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi respon terhadap satu kejadian seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St. Anthony, Bintulu, Sarawak semalam.

Dalam pada itu, Fadhlina turut mezahirkan rasa dukacitanya terhadap kejadian tersebut dan memberi jaminan pihaknya akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap kejadian tersebut.

“Saya menzahirkan rasa dukacita atas perkhabaran seorang murid sekolah yang meninggal dunia ketika sedang menjalani aktiviti kokurikulum seperti yang dilaporkan media pada hari ini.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan saya memberi jaminan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Jabatan Pendidikan Negeri akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

“Saya juga memberikan jaminan bahawa KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan tragedi ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI