fbpx

Liga Super: Selangor FC lunas dendam kesumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR berjaya mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan TFC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin.

PENGENDALI Selangor, Tan Cheng Hoe tersenyum puas menyaksikan skuad kendaliannya mudah membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 dalam aksi Liga Super di tempat lawan kelmarin.

Beliau berkata, persembahan bertenaga anak buahnya itu merupakan yang terbaik sepanjang tiga pertemuan dengan TFC dalam tempoh dua minggu.

Bekas pengendali Harimau Malaya tersebut mengakui penyingkiran dari saingan Piala Malaysia kepada TFC pada Ahad lalu meletakkan Gergasi Merah dalam keadaan tertekan untuk memburu kemenangan.

“Selepas tersingkir daripada Piala Malaysia, kami agak tertekan untuk memulakan perlawanan ini, namun gol pertama mengubah keadaan memberi keyakinan kepada pemain untuk lebih agresif.

“Kawalan bola kami sangat baik malam ini (kelmarin) berbanding dua pertemuan terdahulu selain aksi lebih berdisiplin di semua posisi bagi memastikan pintu gol tidak dibolosi,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Jose Orozco muncul wira meledak dua gol pada minit ke-26 dan ke-41 sebelum Faisal Abdul Halim (m-52) dan Aliff Izwan Yuslan (m-81) melengkapkan kemenangan bergaya Selangor.

Lebih manis lagi buat pasukan itu apabila tiga mata diraih mengukuhkan cengkaman di tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 52 mata, lapan mata mengatasi Kedah Darul Aman (KDA).

Cheng Hoe menyifatkan anak buahnya berjaya mempamerkan karakter sebenar dengan penguasaan bola hampir sebahagian besar 90 minit permainan ke atas Sang Penyu.

Sehubungan itu, beliau gembira skuad kendaliannya berjaya bangkit mempamerkan corak permainan sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI