fbpx

Suami lurus ditikam isteri selepas minta kedi jadi perempuan simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rachain dirawat oleh petugas kecemasan selepas ditikam isterinya. - Facebook

BANGKOK, Thailand – Seorang lelaki di Thailand nyaris maut ditikam isterinya selepas meminta kebenaran untuk menjadikan kedinya sebagai perempuan simpanan, lapor laman berita Thaiger kelmarin. 

Anggota Balai Polis Don Hua Lor bergegas ke sebuah bilik sewa di daerah Mueang, Chon Buri untuk menyelamatkan pemain golf bernama Rachain, 36, yang cedera akibat ditikam sebanyak tiga kali.

Rachain yang ditemui dalam keadaan mabuk,  didapati mengalami luka tikaman pada lengan, belakang badan dan perutnya. 

Rachain memberitahu polis bahawa dia ditikam oleh isterinya yang marah selepas meminta kebenaran untuk menjadikan kedinya sebagai perempuan simpanan.

Pegawai polis menyoal Rachain berhubung tindakan undang-undang terhadap isterinya namun lelaki itu menegaskan, dia memaafkan wanita tersebut.

Pasukan Penyelamat Trai Kunna Dham kemudian tiba di lokasi kejadian dan memberikan pertolongan cemas kepada Rachain sebelum membawanya ke Hospital Chon Buri. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI