fbpx

Buka sekolah, puasa: Ramai setuju simpan RM100 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Takwim persekolahan tahun hadapan yang jatuh pada bulan Mac sehari selepas sambutan Ramadan merupakan satu cabaran besar bagi setiap ibu bapa terutama dalam menyediakan persiapan anak masing-masing.

Tinjauan Kosmo! melalui komen di laman sosial mendapati rata-rata ibu bapa bersetuju dengan cara menyimpan RM100 sebulan bermula dari sekarang bagi menghadapi sambutan serentak itu tahun hadapan.

Orang ramai turut menyifatkan peningkatan kos sara hidup ketika ini merupakan faktor utama ibu bapa serta penjaga perlu berjimat cermat bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada tahun hadapan.

“Betul, dengan cara simpan RM100 sebulan walaupun terkumpul tidak banyak mana tapi bagi saya itu sudah memadai untuk ‘back up’ perbelanjaan buka sekolah dan bulan puasa tahun hadapan.

“Pengalaman tahun ini sudah memeritkan ditambah pula kos sara hidup yang makin meningkat ketika ini,” jelas Ritz Malingko.

“RM100 sebulan sudah cukup, tapi kena disiplin. Kalau yang boleh simpan lebih cuba dulu. Perit memang perit dengan harga barang pun meningkat, saya sendiri masak di rumah pun terasa.

“Belanja ikut kemampuan sahaja, pilih barang yang tidak mahal terutamanya bagi barang-barang sekolah, insya-Allah diharapkan kita semua boleh harungi cabaran tahun 2024,” jelas Marliana Mohd.

Terdahulu Kosmo! hari ini melaporkan, peningkatan kos sara hidup selain cabaran ekonomi yang tidak menentu menyebabkan ada ibu bapa mula menabung dari awal sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan baharu musim depan yang serentak dengan kehadiran bulan Ramadan.

Malah, rata-rata ibu bapa me­ngakui mereka perlu berbelanja besar bagi memastikan keper­luan persekolahan anak-anak dan perbelanjaan bagi menyambut Ramadan adalah mencukupi.

Berdasarkan takwim persekolahan sesi 2024-2025, sesi baharu akan bermula pada perte­ngahan Mac 2024 yang jatuh pada minggu pertama Ramadan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI