fbpx

Segera tangani pihak suka ‘sorok’ beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ajuddin Abdul Rahman (kanan) menyampaikan beras kepada penerima pada majlis penyerahan bantuan beras anjuran Pasir Salak Bangkit di Dewan Besar Pekan Rabu, Chenderong Balai hari ini. Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

PASIR SALAK – Kerajaan perlu mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi masalah kekurangan beras tempatan yang menjadi kebimbangan rakyat ketika ini.

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pasir Salak Bangkit yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan di atas keadaan ini seperti kegiatan menyorok beras.

“Saya berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan, iaitu kedai-kedai yang menjual beras menyimpan stok beras, begitu juga di pihak. Apabila beras pasaran kurang di pasaran, ini menyebabkan harganya naik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Penyerahan Bantuan Beras Anjuran Pasir Salak Bangkit 2023 di sini hari ini.

Menurutnya, selain itu, kekurangan tanah sawah juga menjadi antara punca kekurangan pengeluaran padi negara sehingga menyebabkan beras tempatan sukar didapati di pasaran.

Katanya, kawasan-kawasan yang dahulunya tanah sawah kini ditukar kepada kawasan tanaman kelapa sawit.

Menurutnya, Pejabat Tanah perlu membuat pemantauan tanah-tanah sawah ini supaya tidak bertukar kepada kebun kelapa sawit yang akan mengurangkan jumlah tanah yang boleh digunakan untuk tanaman padi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI