fbpx

SPRM terima bukti baharu berkenaan kes percetakan buku J-Qaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menerima pelbagai bukti baharu berhubung projek percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta yang membabitkan bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

“Pegawai penyiasat terima banyak bukti baharu berhubung projek percetakan melibatkan bekas Menteri Pendidikan.

“Berhubung pemanggilan beliau (Radzi), saya serah kepada pegawai penyiasat. Beri masa kita siasat,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar SPRM Bersama Media 2023 Sempena Ulang Tahun SPRM Ke-56, di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, Kajang, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Putrajaya tersebut menafikan tuduhan mendakwa dirinya meluluskan projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta.

Menurutnya, tuduhan-tuduhan terkandung dalam dalam mesej tular tersebut yang mengaitkan beliau dan isterinya dengan percetakan buku itu adalah tidak benar sama sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI