fbpx

Penyakit X : KKM siaga, perhalusi segala pengalaman hadapinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman Awang bergambar bersama peserta pada program Lotus’s Ceria Charity Run di Lotus’s Setia Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) siap siaga dengan memperhalusi segala pengalaman termasuk menangani situasi pandemik Covid-19 dalam menghadapi ancaman penyakit X di negara ini.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, rakyat perlu tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum.

Katanya, penyakit X yang dijangka menjadi pandemik pada masa depan itu sememangnya belum dikenalpasti setakat ini.

“Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang pandemik berbekalkan pelbagai pengalaman termasuk Covid-19.

“KKM memberi jaminan akan memperhalusi segala pengalaman itu sebagai panduan menghadapi sebarang kemungkinan kelak,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Bulan Kesihatan Lotus’s di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberi amaran kepada semua negara jika berlaku ancaman penyakit X berkenaan.

Namun, di peringkat Malaysia, KKM sentiasa membuat pemantauan jika ada muncul penyakit-penyakit baharu seperti yang diperkatakan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI