fbpx

Liga Super: PDRM FC tempang tanpa tiga import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan PDRM gagal menghalang asakan JDT selepas tewas 0-4 pada aksi Liga Super, Rabu lepas. - Foto ihsan PDRM FC

KETUA jurulatih PDRM FC, Datuk Yunus Alif pasrah setelah tidak berjaya menagguhkan hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada bergelar juara Liga Super musim ini apabila tewas 0-4 di Stadium Sultan Ibrahim, Rabu lepas.

Yunus turut memuji kehebatan juara Liga Super bagi 10 musim berturut-turut itu yang berjaya menghukum kelekaan benteng pertahanannya bagi menjaringkan gol kedua perlawanan sekali gus merentap semangat juang The Cops.

Katanya, dia sudah mengingatkan barisan pemain sebelum perlawanan itu tidak memberi ruang kepada jentera serangan JDT daripada menyelinap ke benteng pertahanan dan mengancam gawang PDRM.

“Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada JDT kerana bergelar juara, mereka memang pasukan yang hebat. Walaupun hanya memberikan sedikit ruang, itu sudah cukup buat mereka untuk buat gol.

“Kita sudah bertahan dengan baik namun apabila bolos gol pertama, kita hilang konsentrasi dan gol kedua muncul begitu dekat, ini Beri kesan pada moral pemain,” katanya.

Yunus berkata, ketiadaan tiga pemain import yang selama ini menjadi tulang belakang pasukan menyukarkan skuad Sang Saka Biru beraksi di tahap sebenar dan pemain muda yang diturunkan telah menjalankan tugas sebaik mungkin.

“Kami ada tiga pemain import yang tak boleh beraksi disebabkan mengalami kecederaan dan penggantungan, ini menyebabkan kita sedikit tempang pada malam ini.

“Namun pemain-pemain muda bawah 23 tahun yang diberi peluang ini, mereka boleh meningkat jauh lagi kalau kita terus asah mereka dalam perlawanan seperti ini,” katanya.

Ditanya mengenai Hadi Fayyadh Abdul Razak, Yunus berkata, penyerang tinggi lampai itu tidak cergas sepenuhnya dan terpaksa dikeluarkan.

“Bukan mudah untuk halang JDT di tempat sendiri dan kami juga berjaya mengasak mereka. Saya perlu berikan kredit kepada pemain saya atas usaha mereka ini.

“Hadi Fayyadh mengalami kecederaan dan kami terpaksa keluarkan dia kerana dia sudah tidak mampu menampung asakan Corbin Ong ketika itu,” jelasnya.

PDRM kini akan memberi tumpuan kepada baki perlawanan liga selain perlawanan kedua Piala Cabaran menentang KL Rovers. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI