fbpx

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 kembali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aspirasi pelaksanaan MSAM adalah untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

KEPALA BATAS– Setelah menjadi satu acara tahunan perdana yang berjaya, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 kembali lagi pada tahun ini bertemu rakyat Malaysia.

Program berkenaan akan berlangsung di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang bermula 30 September hingga 8 Oktober ini.

MSAM merupakan satu Karnival Literasi Kewangan Terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Masuk adalah percuma dan ia terbuka kepada semua peringkat umur untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pendidikan kewangan berhemah oleh firma terbesar pelaburan negara dan juga disokong oleh anak-anak syarikat kumpulan tersebut.

Aspirasi pelaksanaan MSAM adalah untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyediakan saluran yang betul untuk memahami kepentingan pelaburan unit amanah jangka panjang.

Bagi memberi peluang orang ramai terutamanya yang berada di luar kawasan untuk turut serta dalam karnival yang bertemakan Bijak Melabur, Santai Berhibur buat julung kalinya, MSAM 2023 akan dianjurkan dalam bentuk hibrid.

MSAM 2023 juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik di mana pada tahun ini.

Buat pengunjung yang tidak dapat untuk melawat gerai pameran di Bertam, mereka juga boleh mengikuti kemeriahan program digital secara langsung di media sosial rasmi MSAM iaitu Facebook (https://www.facebook.com/MingguSaham AmanahMalaysia) serta Youtube (https://www.youtube.com/@MingguSahamAmanahMalaysia) dari 1 hingga 7 Oktober 2023.

Dalam pada itu, MSAM 2023 juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik di mana pada tahun ini, elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan diterapkan dalam gerai pameran, aktiviti serta kandungan sepanjang program itu berlangsung.

Bagi memeriahkan lagi suasana di tapak lokasi, terdapat banyak program interaktif dan menarik termasuk permainan, rancangan bual bicara, kuiz, penampilan selebriti tempatan,  konsert selebriti serta lain-lain lagi akan berlangsung.

Antara selebriti tempatan yang akan hadir untuk konsert  Labur Ria adalah, Marsha Milan, Nabila Razali, Aweera, Ella, Ezad Lazim dan ramai lagi.

Selebriti tempatan akan hadir untuk konsert Labur Ria bagi menghiburkan pengunjung yang hadir.

 

Orang ramai boleh hadir di konsert tersebut untuk bertemu dengan selebriti kesayangan mereka.

Sementara itu, untuk memeriahkan dan menggalakkan lebih banyak kehadiran pengunjung pada MSAM 2023, PNB telah menyediakan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1.4 juta kepada individu bertuah.

Untuk tujuan tersebut, pengunjung hanya perlu mendaftar kehadiran menerusi aplikasi PNB Events dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah rumah satu tingkat di Setia Fontaines, Pulau Pinang.

Selain itu, antara hadiah lain yang ditawarkan kepada pengunjung bertuah adalah kereta BYD Atto 3 Standard Range, Toyota Vios 1.5G AT dan Perodua Axia 1.0L AV dan pelbagai hadian menarik lain.

Buat mereka yang berada di kawasan berhampiran Setia Fontaines, Bertam, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke MSAM 2023 bermula pada 10 pagi hingga 10 malam.

Sebagai pembuka tirai kepada penganjuran MSAM 2023, “Program Bersama Kumpulan PNB” juga telah diadakan baru-baru ini dengan menyantuni komuniti setempat di Kampung Permatang Buluh, Kepala Batas.

Selain untuk berkongsi ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan, Kumpulan PNB turut mendekati masyarakat dan membantu memenuhi keperluan mereka.     

 Melalui program tersebut, PNB telah melaksanakan tiga inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu:  

Pertama, menyumbang dua buah komputer kegunaan semula kepada Perpustakaan Desa Permatang Buluh.

Kedua, melaksanakan projek Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) untuk Sekolah Agama Rakyat Permatang Buluh dan ketiga mengadakan program kitar semula minyak masak. – KOSMO! ONLINE

Melalui program ini, PNB turut menyantuni masyarakat setempat.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI