fbpx

Rumah pusaka musnah dibakar anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid sayu melihat rumah dan kereta Proton Saganya musnah disyaki dibakar anak lelakinya di Kampung Besol Baru, Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Sepasang suami isteri tidak pasal-pasal kehilangan sebuah rumah pusaka berusia lebih 50 tahun dipercayai dibakar anak lelakinya sendiri yang disyaki mengalami masalah mental di Kampung Besol Baru, Bukit Besi di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah motosikal jenis Honda milik Abdul Hamid Mohd., 66, turut musnah dalam kebakaran terbabit.

Abdul Hamid berkata, sewaktu kejadian, anak lelakinya berusia 40-an itu bersendirian di rumah manakala isterinya, Che Wan Maznah Che Wan Hamzah, 58, pula berada di rumah anak perempuan mereka di Kampung Bukit Besi di sini.

“Saya pula singgah di sebuah kedai makan berhampiran rumah untuk membeli minuman selepas selesai solat Jumaat.

“Anak lelaki saya kemudiannya menemui saya di kedai makan itu dengan menaiki motosikal untuk meminta duit. Dia dengan selamba memberitahu rumah kami sedang terbakar selepas saya memberinya RM10,” katanya di sini hari ini.

Abdul Hamid yang pada mulanya menyangkakan anak sulungnya daripada empat beradik itu hanya bergurau terkejut melihat api marak dan asap tebal sejurus tiba di rumah.

Katanya, dia tidak dapat berbuat apa-apa selain hiba menyaksikan rumah pusakanya hangus terbakar.

“Saya kemudiannya membuat laporan polis sebelum anak lelaki saya berjaya ditahan tidak lama kemudian.

“Mungkin benar anak saya tu yang bakar. Selama ini dia sering berperangai pelik dan bercakap sendirian,” katanya.

Sementara itu, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Mukhtafi Billah Shah di sini kira-kira sejam kemudian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI