fbpx

Lima anggota polis dicekup disyaki larikan penganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEMILIKI MC palsu adalah satu kesalahan jenayah. -GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa Petaling, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, penahan itu dibuat susulan pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun kira-kira pukul 5.48 petang.

Katanya, mangsa memaklumkan dirinya dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah kedai makan sekitar pukul 3.45 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Cheras membuat tangkapan enam lelaki tempatan, Rabu lalu.

“Kesemua mereka yang berusia 27 tahun hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras.

“Berikutan aduan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 365, 342, 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Zam Halim, lima daripada enam yang ditahan merupakan pegawai dan anggota polis.

Tambah beliau, kesemua suspek telah direman selama satu hari dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan terperinci diteruskan dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI