fbpx

[VIDEO] Pencemaran air: Reman suspek kelima dilanjut sehari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

SELAYANG – Tahanan reman suspek kelima yang merupakan pengarah syarikat pembekalan bahan kimia berhubung pencemaran bau bahan pelarut di Sungai Selangor, dilanjutkan sehari lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 58 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Hafizah Rajuni bermula hari ini sehingga esok selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan remannya.

Lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Prosiding reman itu bermula pukul 9.20 pagi dan selesai pukul 10 pagi. Sebelum ini lelaki itu telah ditahan direman di mahkamah sama pada Jumaat lalu.

Pada 11 November lalu empat termasuk dua pengarah syarikat pembinaan jalan raya ditahan reman berhubung pencemaran sama.

Dua minggu lalu, lebih 1.1 juta pengguna akaun melibatkan 1,279 kawasan bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI