fbpx

MotoGP: Marquez akui tak sampai hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ dilaporkan akan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Honda mengenai masa depannya menjelang aksi GP Jepun esok. - AFP

TOKYO – Bekas juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui masih belum ‘tergamak’ untuk berbincang dengan pengurusan Repsol Honda andai hasrat untuk berhijrah selepas berakhir kempen Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini diteruskan.

Difahamkan, Marquez dilihat semakin ‘tidak sebulu’ dengan Honda selepas pasukan itu gagal memberi jentera kompetitif buatnya sekali gus dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Ducati pada tahun depan.

Namun, Marquez masih lagi mengambil pendekatan ‘kenang budi’ selepas mewakili Honda sejak awal karier selain jentera itu juga sudah membantu menjulang enam gelaran dunia MotoGP sebelum ini.

“Saya sentiasa berikan yang terbaik buat Honda dan itulah juga yang dilakukan oleh Honda untuk meningkatkan karier saya. Jika ditanya mengenai penghijrahan, saya anggap ia di luar kawalan dan saya juga tidak akan membuat paksaan.

“Hubungan saya bersama pihak pengurusan masih lagi harmoni dan saya bukanlah seorang yang tidak memiliki budi pekerti. Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat sudah pasti demi kebaikan kedua-dua belah pihak,” katanya.

Marquez yang masih memiliki kontrak sehingga penghujung musim 2024 dijangka akan melakukan perbincangan secara tertutup dengan pengurusan tertinggi Honda sempena saingan Grand Prix (GP Jepun) esok.

“Setakat ini masih belum ada perbincangan rasmi lagi. Kontrak saya bersama pasukan juga berbaki setahun dan saya ada bertemu dengan mereka sebelum ini tetapi perbualan lebih kepada cara untuk meningkatkan kelajuan jentera kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI