fbpx

Penoreh getah mengaku tak bersalah ugut emak guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Rohaizad (kiri), dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini selepas didakwa menakutkan penjawat awam dan memandu secara berbahaya.

KUALA KANGSAR – Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengugut ibunya menggunakan sebilah parang kelmarin.

Tertuduh, Fadzir Mohd. Zamhari, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan ibu kandung, Fatimah Mat Ali, 68, dengan memegang sebilah parang dan mengacukannya ke perut mangsa dengan niat untuk menakutkannya di sebuah rumah di Kampung Sungai Akar di sini pada pukul 6 pagi 17 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya Siti Hanida Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili peguam bela, Norizawani Ahmad Jalaludin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Siti Hanida menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa namun Norizawani yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatannya sebagai penoreh getah hanya RM20 sehari.

Rohaida bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia dan mangsa tinggal serumah sebelum menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI