fbpx

[VIDEO] Rumah, bot musnah terbakar di Pulau Ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang hangus terbakar di Pulau Ketam.

KLANG – Suasana di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, gempar apabila tiga buah rumah dan dua tempat pemunggahan ikan musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian kebakaran pada pukul 12.30 tengah hari itu turut memusnahkan tiga buah bot nelayan yang berada berdekatan jeti.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Wong, 50-an, berkata, ketika kejadian, rata-rata penduduk yang terdiri daripada nelayan tiada di rumah kerana keluar mencari hasil laut.

Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke premis lain.

“Melihat api marak, penduduk dan bomba sukarelawan segera memadamkan api. Penduduk turut membantu menyimbah air di lapan rumah berhampiran bagi mengurangkan bahang dan kemusnahan lebih besar,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah Wong, kebakaran berjaya dipadamkan pukul 2.30 petang dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian melibatkan rumah bangunan kelas C tersebut.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dan Andalas dikerah dalam operasi itu selain dua bot bomba,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI