fbpx

[VIDEO] Selawat bergema di Bukit Bintang, berarak ke Pavilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Rumah Cahaya.

PETALING JAYA – Alunan selawat dan pujian kepada Rasulullah SAW bergema di Bukit Bintang, Kuala Lumpur apabila ribuan rakyat Malaysia yang beragama Islam memeriahkan sambutan Maulidur Rasul pada malam Rabu lalu.

Perarakan Maulid Bukit Bintang itu merupakan anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Rumah Cahaya yang dikendalikan Walid Ibrahim Al Malik.

Difahamkan, peserta program berkumpul di lapan lokasi sekitar bukit Bintang sebelum berarak ke Pavilion untuk acara utama.

Antara yang menarik perhatianadalah setiap peserta diberikan sekuntum bunga mawar merah.

“Kuntuman mawar diberikan kepada semua yang hadir sebagai tanda cinta dan kegembiraan sempena kelahiran Rasulullah SAW. Di segenap laluan, kamu berikan bunga mawar kepada warga asing dan orang tua.

“Harapan semoga kuntuman mawar yang diterima dapat menerbitkan rasa dicintai. Sepertimana Rasulullah mencintai umatnya tanpa mengira apa keadaan sekali pun,” kata Rumah Cahaya.

Selain disertai ribuan rakyat Malaysia dan pelancong asing, program selawat itu juga tular di media sosial sehingga tanda pagar #BukitBintangBerselawat kekal trending sampai hari ini.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa syukur dengan penganjuran agama sebegitu yang boleh menyemarakkan rasa sayang kepada Nabi Muhammad selain menyatupadukan umat Islam.

“Ini baru betul, berani berdakwah dalam kota yang penuh hiruk piruk. Membawa cahaya rahmat sekalian alam,” komen Wan Faez.

“Alhamdulillah semoga kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan, mendapat keberkatan hidup dan kasih sayang,” titip Saidatul.

Dalam pada itu, ada juga beberapa pengguna yang sedih kerana terlepas peluang untuk mengikuti program tersebut.

“Kalau tahu semalam balik kerja boleh datang terus Bukit Bintang. Teringin nak turut serta berselawat ni, dulu masa sekolah saja yang ada,” kata Tiqah Yusof. – KOSMO! ONLINE

@rumahcahayasenusantara Salam Maulidur Rasul.. Thanks Pavilion Bukit Bintang atas kenangan indah malam ini 🌹 #bukitbintangberselawat ♬ original sound – RUMAH CAHAYA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI