Tiga bank tidak mengenakan sebarang caj berkaitan dengan DuitNow QR.
Maybank mengumumkan bahawa ia tiada rancangan untuk mengenakan fi transaksi ke atas peniaga yang menggunakan kemudahan itu buat masa sekarang.
Terdahulu, Public Bank dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa ia akan mengecualikan caj DuitNow QR sehingga diberitahu kelak.
Sementara itu, CIMB berkata ia akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini.
Semalam, Pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan peniaga yang menerima pembayaran menerusi platform tersebut akan dikenakan caj mulai 1 November ini.