fbpx

Tujuh rumah dinaiki air di Kampung Orang Asli Langkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu membersihkan salah sebuah rumah di Kampung Orang Asli Langkap, Dangi dekat sini yang dinaiki air bermula tengah malam tadi.

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

JEMPOL – Tujuh buah rumah dinaiki air setinggi 1.5 meter dalam kejadian banjir kilat di Kampung Orang Asli Langkap, Dangi, dekat sini tengah malam tadi.

Sekteriat Pengurusan Bencana Daerah Jempol dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Empat buah keluarga sudah berpindah sementara ke Surau An-Nur dekat sini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hasil pemantauan air sudah surut sepenuhnya di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, banjir kilat juga dilaporkan berlaku di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Tampin.

Menurut maklumat Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Negeri Sembilan, kejadian banjir kilat tersebut berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi tadi melibatkan Peringkat 2, 4 dan 7 Felda Bukit Rokan.

“Lokasi terjejas masih dipenuhi air dan paras air sungai semakin surut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI