fbpx

Op HUU: 6,510 saman dikeluarkan, halangan lalu lintas tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,510 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebanyak 5,190 saman yang dikeluarkan menerusi kesalahan halangan lalu lintas.

“Kesalahan lain adalah tiada lesen memandu (165), nombor plat fancy (77), tidak patuh lampu isyarat merah (38), dan lain-lain (1,005).

“Selain itu, seramai 11 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dan sebanyak 16 motosikal disita sepanjang operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Sarifudin, 24 operasi digerakkan di sekitar ibu negara dengan kekuatan 795 pegawai dan anggota.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaan terbabit bermula 15 September hingga 29 September.

Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI