fbpx

Budak 5 tahun mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berusia lima tahun ditemui selepas operasi mencari dan menyelamatkan dibuat kira-kira empat jam.

SUNGAI BULOH – Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar di Kampung Baru Sungai Buloh di sini semalam.

Mangsa berusia lima tahun itu ditemui pada pukul 10.38 malam ini selepas operasi mencari dan menyelamatkan dibuat kira-kira empat jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.37 petang.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di lokasi berkenaan.

“Difahamkan, mangsa terjatuh ke dalam longkang besar berkenaan sebelum dihanyutkan arus.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI