PETALING JAYA – Laluan di Jalan Bangsar menghala ke Abdullah Hukum ditutup susulan penemuan mayat satu individu hari ini.
Laluan dari arah KL Sentral itu ditutup bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan pihak forensik sedang menjalankan siasatan membabitkan satu kes bunuh.
“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Terdahulu, trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam ciapan Twitter memaklumkan penutupan jalan berkenaan. – K! ONLINE