fbpx

Qabil Ambak raih emas bersejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL AMBAK mencipta sejarah baharu apabila memenangi pingat emas acara dressage individu pada saingan di Pusat Ekuestrian Tonglu sebentar tadi. - AFP

PETALING JAYA – Atlet ekuestrian negara, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil mencipta sejarah baharu apabila memenangi pingat emas acara dressage individu pada Sukan Asia Hangzhou di Pusat Ekuestrian Tonglu sebentar tadi.

Qabil Ambak, 43, bersama kudanya, Rosenstolz, berjaya meraih 75.780 mata untuk menewaskan pencabar terdekatnya dari Hong Kong, Jacqueline Wing Ying Siu yang meraih pingat perak menerusi 73.450 mata.

Pingat gangsa pula menjadi milik atlet India, Anush Agarwalla yang meraih 73.030 mata.

Menariknya, kejayaan Qabil Ambak amat bersejarah kerana ini adalah pingat emas pertama Malaysia dalam sukan ekustrian di pentas Sukan Asia sejak acara itu mula dipertandingkan pada edisi 1986 di Seoul, Korea Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI