fbpx

Guru ‘bebel’ murid miskin kerana tidak bawa pembaris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru itu meminta murid yang tidak membawa pembaris berdiri sebelum memarahi mereka. - Baidu

BEIJING, China – Seorang guru sekolah rendah di China merakam video dia memarahi beberapa murid kerana tidak mempunyai pembaris segi tiga di dalam kelas, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Guru wanita yang bertugas di Sekolah Rendah Shenyang Dongzhan, wilayah Liaoning itu menghantar video tersebut dalam kumpulan WeChat ibu bapa dan guru pada 18 September lalu untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.

Berdasarkan video yang dirakam, beberapa orang murid diarah berdiri di sebelah meja mereka sebagai hukuman. Guru itu kemudian membebel di hadapan kelas.

“Murid yang diminta berdiri tidak mempunyai pembaris segi tiga. Adakah keluarga anda miskin atau ibu dan bapa anda tidak mengambil berat?” kata guru berkenaan semasa merakam video.

Murid-murid terus diam apabila guru mereka meneruskan tegurannya.

“Anda perlu menggunakannya untuk melukis,” tegasnya.

Ibu bapa murid-murid  tersebut kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak pentadbiran sekolah. Pihak sekolah berjanji akan menyiasat dan mendisiplinkan guru tersebut jika tindakannya didapati tidak wajar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI