fbpx

Pengantin berjimat, hidang McDonald’s pada majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thomas dan Ophelie membuat kejutan kepada tetamu majlis perkahwinan mereka dengan menghidangkan McDonald’s. - TikTok

PARIS, Perancis – Sepasang pengantin baharu di Paris mengundang perhatian netizen kerana  menghidangkan hidangan McDonald’s kepada tetamu majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita LadBible semalam.

Thomas Billaudeau, 27, dan isterinya, Ophelie, 25, membuat kejutan dengan menolak hidangan mahal yang kebiasaannya terdapat dalam majlis perkahwinan.

Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan pengantin itu berucap di hadapan tetamu dan mengarahkan orang ramai melihat ke belakang dewan.

Seorang penghantar makanan kemudian masuk sambil membawa beg-beg kertas mengandungi hidangan makanan segera itu sambil disambut sorakan tetamu.

Menurut portal berita MailOnline, Thomas dan Ophelie menghidangkan 300 biji burger bersama  hidangan gulung (wrap) dan nuget untuk tetamu mereka.

Hantaran itu tular dan menerima pelbagai komen dengan ada netizen mengecam mereka, namun sebilangan lagi mempertahankan perbuatan tersebut.

“Saya pulang dulu,” kata seorang netizen yang membantah hidangan tersebut.

“Akhirnya, orang boleh mengadakan majlis perkahwinan yang mereka mahukan tanpa perlu berhutang untuk menunjuk-nunjuk. Asalkan mereka bahagia,” kata netizen lain.

Sementara itu, Ophelie  ketika dihubungi akhbar Le Parisien berkata, dia merupakan seorang yang cerewet dalam makanan justeru, McDonald’s adalah pilihan berpatutan untuk hidangan menarik. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI