fbpx

K2

Kenali komuniti peranakan pada Festival Peranakan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIBIK PEGGY (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama tetamu kenamaan pada sidang akhbar Festival Peranakan di ibu negara baru-baru ini.

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang unik kerana didiami oleh masyarakat berbilang latar belakang agama dan bangsa.

Peranakan merupakan salah satu masyarakat yang menjadi sebahagian daripada rakyat negara ini dan hidup dengan penuh harmoni.

Bagi membolehkan masyarakat merasai sendiri budaya peranakan di Malaysia, Festival Peranakan 2023 akan diadakan pada 21 dan 22 Oktober ini.

Penganjur festival, Bibik Peggy Tiew berkata, matlamat utama penganjuran program itu adalah untuk berkongsi dengan orang ramai tentang budaya peranakan.

Menurutnya, peranakan sebenarnya penuh dengan warisan dan budaya yang orang ramai tidak tahu.

“Sebenarnya, kita mempunyai banyak komuniti peranakan di Malaysia bukan hanya Baba Nyonya.

“Sebaliknya di negara ini ada komuniti peranakan lain termasuk, Chetty, Jawi dan lain-lain lagi,” katanya.

Tambahnya, festival itu mampu menjadi salah satu platform untuk orang ramai mengenali dengan lebih lanjut tentang masyarakat peranakan di negara ini.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang festival yang bakal berlangsung di pusat beli-belah Summit USJ, Subang, Selangor.

Bibik Peggy menjelaskan, pengunjung boleh menerokai pelbagai aktiviti pada Festival Peranakan 2023.

Ujarnya, antara aktiviti yang akan diadakan termasuk gerai-gerai yang menampilkan barangan dan kraf tangan peranakan.

“Kami juga menyediakan ruang pameran yang menerangkan tentang warisan peranakan.

“Selain itu, kami akan mengadakan demonstrasi masakan peranakan secara langsung dan menganjurkan pertandingan menghasilkan kuih onde-onde,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI