fbpx

K2

Pencalonan The Knights Award musim kedua dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zyro (berdiri, lapan dari kanan) bersama pasukannya pada sidang akhbar dan pelancaran The Knights Award 2023 musim kedua di Kuala Lumpur baru-baru ini.

DALAM usaha mengukuhkan kedudukan jenama perniagaan, usahawan di negara ini dialu-alukan menghantar pencalonan dalam penganjuran The Knights Award 2023 musim kedua yang akan berlangsung pada Disember ini.

Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong berkata, pihaknya komited untuk memberikan pengiktirafan kepada usahawan dan perniagaan yang cemerlang tanpa mengira saiz atau industri syarikat mereka.

Katanya, menerusi anugerah berprestij itu, ia dapat memperkasakan mereka dengan strategi penjenamaan berkesan, sekali gus mampu berdiri kukuh di pasaran yang kompetitif.

“The Knights Award musim kedua ini bertujuan mengiktiraf kejayaan perniagaan di seluruh Asia Tenggara.

“Sebagai salah satu acara utama tahun 2023, ia menandakan pertumbuhan dan pembangunan komuniti perniagaan yang menjadi tonggak ekonomi Malaysia,” katanya pada sidang akhbar pelancaran The Knights Award 2023 musim kedua di ibu negara baru-baru ini.

Tambah Zyro, pihaknya percaya penganjuran anugerah tersebut akan menjadi batu loncatan ke arah pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara.

Ditanya mengenai keunikan dan kelebihan anugerah tersebut, Zyro memberitahu, ia menyediakan platform rangkaian elit dan pe­menang anugerah akan mene­rima strategi penjenamaan yang berkesan untuk mening­katkan kedudukan jenama mereka di pasaran.

“Tiga kategori pengiktirafan akan diberikan iaitu The Duke, The Earl dan The Baron. Kategori The Duke termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik, manakala The Earl merangkumi produk terkenal, ikon paling menonjol dan tempat kerja terbaik.

“Bagi kategori The Baron pula, anugerah akan diberikan kepada syarikat yang sedang mening­kat naik di rantau ini,” katanya.

Terdahulu, The Knights Award 2023 musim pertama yang berlangsung pada Jun lalu. Ia telah mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada 60 pemenang cemerlang daripada individu hingga syarikat korporat yang sudah menakluki pelbagai cabaran dan muncul sebagai pemimpin sejati dalam bidang masing-masing.

Antara penerima yang diberi perhatian termasuk angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar yang menerima anugerah Ikon Malaysia 2023 dan sasterawan negara, Datuk Seri A. Samad Said (Pemenang Nobel Sepanjang Zaman), Datuk Nicol David (Atlet Paling Berinspirasi Sepanjang Zaman) dan Prof. Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon (Ahli Akademik Terbaik Tahun Ini).

Penyertaan The Knights Award 2023 musim kedua mula dibuka pada 26 September.

Para usahawan boleh menghantar penyertaan mereka menerusi laman web, www.theknightsaward.com sebelum November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI