Sambutan Maulidur Rasul 2023 peringkat kebangsaan diadakan di PICC hari ini selepas tiga tahun.
Bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia MADANI’, seramai 3,700 peserta membabitkan 131 kontinjen mewakili kementerian, badan berkanun dan agensi swasta mengambil bahagian dengan berarak sejauh 1.1 kilometer.
Perarakan bermula dari Jambatan Seri Gemilang ke PICC dengan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.