fbpx

Umat Islam perlu beralih sepenuhnya kepada kewangan Islam – Syed Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Othman dan isteri, Datin Sharifah Fatimah Aljunid bergambar dengan pingat dan sijil penghargaan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini seharusnya beralih sepenuhnya kepada sistem kewangan dan ekonomi Islam termasuk dalam soal memilih perbankan dan takaful Islam.

Itu saranan dibuat penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1445H/2023, Prof Datuk Dr. Syed Othman Syed Husin Al-Habshi ketika ditemui selepas sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Syed Othman berkata, Malaysia mempunyai banyak rangkaian institusi perbankan dan kewangan Islam malah, ia turut dikenali dan termasyur di dunia.

Justeru, sudah tiba masanya umat Islam beralih kepada kewangan Islam dan sistem takaful Islam.

“Kita harus fikir bagaimana untuk memasyarakatkan kewangan Islam kepada umat Islam di negara ini.

“Apabila kita tidak dapat melakukannya, kita tidak dapat melaksanakan seluruhnya sistem berasaskan Islam di negara ini,” katanya.

Mengulas mengenai penganugerahan itu, Syed Othman berkata, beliau sendiri tidak terfikir untuk menerima anugerah itu dan menyifatkan ia satu amanah besar.

“Anugerah ini adalah pembakar semangat kepada saya untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI