fbpx

Peniaga bantah caj transaksi baharu aplikasi QR DuitNow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Golongan peniaga menyifatkan keputusan untuk mewujudkan bayaran transaksi baharu menerusi aplikasi QR DuitNow bermula 1 November depan bakal menambah kos operasi dan beban kewangan mereka.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya membantah tindakan tersebut kerana khuatir surcaj serta komisen tersebut akan diterjemahkan kepada pelanggan dengan kenaikan harga makanan dan minuman.

Katanya, kerajaan sepatutnya bertindak untuk mengurangkan sebarang bentuk caj atau surcaj atau komisyen.

”Peralihan kepada sebarang bentuk kewangan secara digital adalah untuk memudahkan transaksi antara pelanggan dan peniaga serta mengurangkan pengunaan masa, tenaga dan kerja sejajar dengan aliran dunia ke era digital.

”Namun usaha tersebut bukan satu peluang untuk mengaut keuntungan yang berlebihan oleh bank dan institusi kewangan, perkara ini adalah tidak wajar berlaku,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar), Abdul Alim Abdul Hassan berkata, dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan caj transaksi tersebut akan membebankan lagi kos operasi.

”Kami daripada persatuan Mawar tidak bersetuju dengan caj transaksi yang bakal dikenakan.

”Dalam keadaan ekonomi sekarang yang mana kos operasi makin meningkat, tindakan ini adalah sesuatu yang bakal menyebabkan harga barangan meningkat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI